Login

Register

User Registration
or Cancel

Salbutamol ( albuterol )

 

Nama Ubat : Salbutamol
 
Jenama Ubat
 
Aerocort® (beclometasone dipropionate + salbutamol sulfate)
Asthalin®
Axcel Salbutamol® 
Beatolin®
Beatolin elixir_50715.gif
Bonair®
Broncolin®  
Broncolin Expectorant® (guaifenesin + salbutamol sulfate)
Butavent® 
Buventol Easyhaler® 
Combivent® (ipratropium bromide + salbutamol sulfate)
Combivent inhalant_1133.gif
Duolin® ( ipratropium bromide + salbutamol, ipratropium bromide + salbutamol sulphate )
Ipramol® (ipratropium bromide + salbutamol sulfate)
Pharmaniaga Salbutamol®
Pharmaniaga Salbutamol tab_25930.gif
Pharmaniaga Salbutamol Expectorant® (guaifenesin + salbutamol sulfate)
Salamol®
Salbutamol YSP®
Salmax CR®
Ventamol Inhaler®
Ventamol Inhaler MDI_51885.gif
 
Ventolin® 
 
 
Volmax® 
 
 
Apakah itu Ubat Salbutamol ?
 
Salbutamol adalah ubat bronkodilator yang merehatkan otot di saluran pernafasan dan meningkatkan aliran udara ke paru-paru. Ubat ini biasanya digunakan untuk pesakit asma atau bronchospasm.
Salbutamol digunakan untuk merawat atau mencegah bronchospasm untuk orang yang mempunyai penyakit saluran pernafasan obstruktif berbalik. Salbutamol juga digunakan untuk mencegah  bronchospasm disebabkan oleh senaman.
Salbutamol juga boleh digunakan untuk tujuan lain yang tidak disenaraikan di dalam panduan ubat ini mengikut nasihat doktor.
 
Maklumat penting tentang Salbutamol?
 
Penting untuk anda membawa Salbutamol pada setiap masa. Isikan semula ubat ini sebelum anda kehabisan sepenuhnya. anda hendaklah sentiasa mengambil semua ubat-ubat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor anda.
Hubungi doktor anda dengan segera jika anda merasakan Salbutamol tidak memberikan kesan baik, atau jika ia boleh menyebabkan keadaan anda lebih teruk. Dapatkan rawatan perubatan kecemasan jika anda merasakan anda telah menggunakan terlalu banyak ubat ini. Dos berlebihan Salbutamol boleh membawa maut. Haba yang melampau boleh menyebabkan kanister inhaler anda pecah. Jangan simpan inhaler anda di dalam kereta anda pada hari-hari panas. Jangan buang inhaler yang kosong ke dalam api terbuka.
 
Sebelum menggunakan Salbutamol
 
Anda tidak boleh menggunakan ubat ini jika anda ada alahan kepada Salbutamol. Jika anda mempunyai keadaan tertentu, anda mungkin perlu pelarasan dos atau ujian khas untuk menggunakan ubat ini dengan selamat.
Sebelum menggunakan Salbutamol, beritahu doktor anda jika anda mempunyai:
1. penyakit jantung, tekanan darah tinggi, atau kegagalan jantung kongestif;
2. gangguan ritma jantung;
3. gangguan sawan seperti epilepsi;
4. kencing manis;
5. tiroid terlalu aktif.
Jika anda mempunyai mana-mana keaddan ini, anda mungkin tidak boleh untuk menggunakan Salbutamol, atau anda mungkin memerlukan pelarasan dos atau ujian khas semasa rawatan.
Kategori kehamilan ialah C. Ubat ini boleh memudaratkan bayi yang belum lahir. Beritahu doktor anda jika anda mengandung atau bercadang untuk hamil semasa rawatan. Ubat ini juga tidak diketahui sama ada boleh melalui ke dalam susu ibu atau jika ia boleh memudaratkan bayi yang menyusu. Jangan gunakan Salbutamol tanpa memberitahu doktor anda jika anda menyusu bayi.
 
Bagaimana harus saya gunakan Salbutamol?
 
Gunakan Salbutamol seperti yang telah ditetapkan untuk anda. Jangan menggunakan ubat dalam jumlah yang lebih besar, atau menggunakan lebih lama daripada yang disyorkan oleh doktor anda. Ikut arahan pada label preskripsi anda.
Salbutamol boleh meningkatkan risiko kematian yang berkaitan dengan asma. Gunakan hanya dos yang ditetapkan dan ikut semua arahan bagi penggunaan yang selamat. Berbincanglah dengan doktor anda mengenai risiko individu dan faedah menggunakan Salbutamol.
Apabila menggunakan alat inhaler untuk kali pertama, sembur 4 semburan ujian ke udara, jauh dari wajah anda. Goncang botol sebelum menggunakannya. Sembur 4 semburan ujian ke udara, jauh dari wajah andajika anda tidak gunakan inhaler tersebut untuk 2 minggu atau lebih, atau jika anda telah jatuhkan inhaler.
Arahan di bawah adalah untuk kegunaan piawai peranti Salbutamol inhaler dan nebulizer. Doktor anda mungkin mahu anda menggunakan peranti yang  berbeza. Gunakan peranti inhaler yang disediakan dengan ubat anda atau anda mungkin tidak akan mendapat dos yang betul.
Untuk menggunakan inhaler:
1. Goncangkan kanister sejurus sebelum setiap semburan.
2. Buka penutup inhaler Salbutamol. Hembus nafas sepenuhnya. Letak pelekap mulut ke mulut dan tutup bibir anda. Tarik nafas perlahan-lahan dan tahan nafas anda selama 10 saat atau selagi anda mampu, kemudian menghembus nafas perlahan-lahan.
3. Jika anda menggunakan lebih daripada satu penyedutan pada satu-satu masa, tunggu sekurang-kurangnya 1 minit sebelum menggunakan penyedutan kedua dan goncang inhaler lagi.
4. Pastikan inhaler Salbutamol anda bersih dan kering, dan simpan ia dengan penutup pada pelekap mulut. Bersihkan inhaler anda seminggu sekali dengan membuang kanister kecil dan meletakkan pelekap mulut di bawah air suam yang mengalir selama sekurang-kurangnya 30 saat. Goncangkan untuk membuang air yang berlebihan dan biarkan kering sebelum meletakkan inhaler kembali bersama-sama.
Untuk menggunakan nebulizer:
1. Ukur jumlah ubat yang betul dengan menggunakan penitis yang disediakan, atau gunakan nombor ampules yang betul . Letakkan cecair ke dalam kebuk ubat di nebulizer.
2. Letakkan pelekap mulut atau topeng muka kepada kebuk ubat. Kemudian, letakkan kebuk ubat ke pemampat. Duduk tegak dan letakkan pelekap mulut ke dalam mulut anda, atau tutup mulut dan hidung anda dengan topeng muka. Tarik nafas perlahan-lahan dan sama rata sehingga anda telah sedut semua ubat (biasanya 5 hingga 15 minit). Rawatan tersebut selesai apabila kebuk ubat habis.
3. Bersihkan nebulizer selepas setiap kali digunakan. Ikut arahan pembersihan yang disertakan dengan nebulizer anda.
Hubungi doktor anda dengan segera jika anda merasa Salbutamol tidak berkesan seperti biasa, atau jika ia menyebabkan keadaan anda menjadi lebih teruk. 
Penting untuk anda membawa Salbutamol pada setiap masa. Dapatkan preskripsi anda dan isi semula ubat anda sebelum anda kehabisan ubat sepenuhnya. 
Simpan Salbutamol  pada suhu bilik jauh dari kelembapan dan haba. Haba yang melampau boleh menyebabkan kanister ubat pecah. Jangan simpan di dalam kereta anda pada hari yang panas. Jangan buang kanister yang kosong ke dalam api terbuka.
 
Apa yang perlu saya buat sekiranya saya tertinggal satu dos?
 
Ambil ubat sebaik sahaja anda ingat. Jika ia hampir untuk dos seterusnya, abaikan dos yang tertinggal dan ambil ubat itu untuk pada dos seterusnya. Jangan ambil dos tambahan untuk menggantikan dos yang terlepas.
 
Apa yang harus saya buat jika saya terlebih dos?
 
Dapatkan rawatan perubatan kecemasan jika anda merasakan anda telah menggunakan terlalu banyak ubat ini. Dos  Salbutamol berlebihan boleh membawa maut. Gejala dos berlebihan mungkin termasuk gemuruh, sakit kepala, menggeletar, mulut kering, sakit dada atau dada terasa berat, kadar jantung yang pantas atau tidak sama rata, sakit yang merebak ke lengan atau bahu, loya, berpeluh, pening, sawan, kepala berasa ringan atau terasa nak pengsan .
 
Apa yang perlu saya elakkan semasa menggunakan Salbutamol?
 
Elakkan Salbutamol terkena mata anda. Jika ini berlaku, bilas mata dengan air bersih yang banyak dan dapatkan rawatan perubatan.
 
Kesan sampingan Salbutamol 
 
Berhenti gunakan Salbutamol dan dapat bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai apa-apa tanda tindak balas alahan seperti: gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak. Hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:
1. bronchospasm (bunyi berdehit, kesesakan dada, kesukaran bernafas), terutamanya selepas memulakan kanister baru;
2. sakit dada pantas, berdebar-debar, atau denyutan jantung yang tidak sekata atau pantas;
3. menggeletar, gemuruh;
4. kesan kalium yang rendah (keliru, kadar jantung tidak sekata, rasa dahaga yang melampau,sering buang air kecil, ketidakselesaan di kaki, kelemahan otot 
5.  tekanan darah tinggi yang berbahaya (sakit kepala yang teruk, penglihatan teruk, berdengung di telinga anda, kebimbangan, kekeliruan, sakit dada, sesak nafas, degupan jantung yang tidak sekata, sawan).
 
Kesan sampingan Salbutamol kurang serius mungkin termasukah:
1. sakit kepala, pening, gemuruh;
2. masalah tidur (insomnia);
3. batuk, suara serak, tekak sakit, hidung berair atau tersumbat;
4. mulut dan tekak yang kering;
5. kesakitan otot;
6. cirit-birit.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan dan lain-lain boleh berlaku. Beritahu doktor anda tentang apa-apa kesan sampingan yang mengganggu. 
 
Apakah ubat-uba lain yang boleh mempengaruhi Salbutamol?
 
Sebelum menggunakan Salbutamol, beritahu doktor anda jika anda mengambil mana-mana ubat-ubatan berikut:
1. ubat diuretik (lasix dll);
2. digoxin (digitalis, Lanoxin);
3. beta-blocker seperti atenolol (Tenormin), metoprolol (Lopressor), propranolol (Inderal), dan lain-lain;
4. ubat antidepresan seperti amitriptyline (Elavil, Etrafon), doxepin (Sinequan), imipramine (Janimine, Tofranil), nortriptyline (Pamelor), dan lain-lain;
5. perencat MAO seperti isocarboxazid (Marplan), phenelzine (Nardil), rasagiline (Azilect), selegiline (Eldepryl, Emsam), atau tranylcypromine (Parnate);
6. bronchodilators lain seperti levalbuterol (Xopenex), bitolterol (Tornalate), pirbuterol (Maxair), terbutaline (Brethine, Bricanyl), salmeterol (Serevent), isoetherine (Bronkometer), metaproterenol (Alupent, Metaprel), atau isoproterenol (Isuprel Mistometer).
Senarai ini mungkin tidak lengkap dan mungkin ada ubat lain yang boleh berinteraksi dengan Salbutamol. Beritahu doktor mengenai semua preskripsi dan ubat yang anda gunakan. Ini termasuklah vitamin, mineral, produk herba dan ubat yang ditetapkan oleh doktor lain. Jangan mula menggunakan ubat baru tanpa memberitahu doktor anda.
 

 


Tanya Farmasi Anda

No posts to display.

___________________________

Help promote this web by

copy this code and put at

your web or blog

____________________________

Untuk Maklumat dan Keracunan ubat,

Hubungi Pusat Racun Negara (PRN) di :

 
Waktu Pejabat: 
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
 
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499

Copyright by MalaysianPharma.com 2013

Select style: Red Brown

eskisehir escort eskisehir escort eskisehir escort eskisehir escort eskisehir escort radyo dinle radyo dinle izmir escort
Notice: Uninitialized string offset: 0 in /home/malays98/public_html/templates/gk_sporter/lib/gk.framework.php on line 600