Login

Register

User Registration
or Cancel

Mefenamic Acid ( Ponstan )

 

Jenama :
 
1. Axcel Mefenamic®
 
2. Beafemic®
 
3. Namic® 
 
4. Napan® 
 
5. Pharmaniaga Mefenamic®
 
6. Ponstan®
 
7. Pontacid® 
 
8. Pontalon® 
 
9. Sefmic® 
 
Apakah itu Ubat Mefenamic Acid?
 
Mefenamic acid adalah ubat tahan sakit bukan steroid (NSAID) yang berfungsi dengan mengurangkan bahan yang menyebabkan sakit di dalam badan. Ubat ini digunakan untuk mengubati sakit atau radangan yang disebabkan oleh sakit sendi atau tulang seperti arthritis. Ia juha digunakan untuk mengubati sakit disebabkan oleh haid atau datang bulan.
Maklumat Penting Mengenai Mefenamic acid
 
Mefenamic acid boleh menyebabkan masalah jantung dan peredaran darah yang bahaya seperti angin ahmar dan serangan jantung. Jangan gunakan Mefenamic acid sebelum atau selepas pembedahan bypass jantung (coronary artery bypass graft, or CABG).
Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera jika anda mengalami sakit dada, lemah, susah untuk bernafas, cakap tidak jelas atau mengalami masalah pandangan dan imbangan badan.
Ubat ini juga boleh mendatangkan kesan yang serius kepada perut atau usus seperti boleh menyebabkan pendarahan dan pembentukan lubang pada perut dan usus. Keadaan ini boleh menyebabkan mati dan berlaku tanpa amran ketika anda mengambil Mefenamic acid terutamanya kepada warga tua.
Hubungi doktor anda jika anda mengalami tanda-tanda pendarahan pada perut seperti tahi berwarna hitam atau berdarah atau anda muntah darah.
Tanya doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat penahan sakit yang lain. Sila periksa label ubat jika ubat tersebut mengandungi aspirin, ibuprofen, ketoprofen atau naproxen. Elakkan minum alcohol kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan di perut.
 
Sebelum Mengambil Mefenamic acid
 
Mefenamic acid boleh menyebabkan masalah jantung dan peredaran darah yang bahaya seperti angin ahmar dan serangan jantung. Jangan gunakan Mefenamic acid sebelum atau selepas pembedahan bypass jantung (coronary artery bypass graft, or CABG).
Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera jika anda mengalami sakit dada, lemah, susah untuk bernafas, cakap tidak jelas atau mengalami masalah pandangan dan imbangan badan.
Ubat ini juga boleh mendatangkan kesan yang serius kepada perut atau usus seperti boleh menyebabkan pendarahan dan pembentukan lubang pada perut dan usus. Keadaan ini boleh menyebabkan mati dan berlaku tanpa amran ketika anda mengambil Mefenamic acid terutamanya kepada warga tua.
Anda tidak boleh ambil ubat ini jika anda alahan kepada Mefenamic acid atau anda mempunyai sejarah alahan kepada aspirin dan ubat NSAIDs lain.
Beritahu doktor jika anda mempunyai keadaan seperti berikut:
1. Sejarah serangan jantung, angin ahmar atau darah beku
2. Penyakit jantung, kegagalan jantung, darah tinggi
3. Mempunyai sejarah penyakit gastrik atau ulser perut
4. Penyakit hati atau buah pinggang
5. Pertumbuhan tidak normal dalam membran mukus hidung
6. Anda merokok
 
Kelas kehamilan FDA, C: Ubat ini tidak diketahui samada boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Beritahu doktor anda jika anda mengandung atau merancang untuk mengandung. Mefenamic acid juga tidak diketahui samada ia boleh melepasi susu ibu dan membahaykan anak yang menyusu. Jangan ambil ubat ini tanpa memberitahu bahawa anda menyusukan anak. Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak umur kurang daripada 2 tahun tanpa nasihat doktor
 
Bagaimanakah Saya Makan Mefenamic acid?
 
Ambil ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor. Ikut arahan doktor berkenaan dos yang perlu diambil. Jika anda guna mefenamic acid doktor anda mungkin akan memeriksa anda untuk memastikan anda tidak mendapat kesan bahaya daripada ubat ini. Jangan ponteng perjumpaan dengan doktor.
 
Apa patut saya buat jika terlupa makan ubat?
 
 Makan ubat sejurus anda ingat. Jika hampir dengan dos seterusnya, jangan makan dos yang tertinggal itu dan makan ubat seperti biasa untuk dos seterusnya. Jangan makan ubat lebih daripada yang diarahkan oleh doktor.
Apa harus saya buat jika termakan lebih?
Pergi ke kelinik atau hospital berhampiran jika anda merasakan terlebih dos. Terlebih dos metformin boleh menyebabkan tanda-tanda seperti rasa mual dan muntah, sakit perut, mengantuk, tahi hitam atau berdarah,kencing kurang daripada biasa, batuk berdarah, sesak nafas dan pengsan. Dapatkan bantuan perubatan kecemasan segera.
 
 Apa yang perlu saya elakkan jika menggunakan Mefenamic acid?
 
Tanya doktor atau ahli farmasi sebelum anda mengambil bat alahan, selsema atau ubat tahan sakit lain. Ambil terlalu banyak ubat tahan sakit boleh membahayakan. Sila periksa label jika ubat ini mengandungi aspirin, ketoprofen atau naproxen.
Elakkan minum alcohol kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan di perut.
 
Kesan Sampingan Mefenamic acid
 
Sila dapatkan rawatan kecemasan di hospital jika anda mengalami kesan alahan seperti keradangan dan gatal pada kulit, susah untuk bernafas, bengkak pada muka, bibir dan tekak. Hentikan pengambilan ubat serta merta dan hubingi doktor anda jika anda mengalami kesan sampingan yang serius seperti :
1. Sakit dada, lemah badan, susah bernafas dan megalami masalah penglihatan dan imbangan
2. Tahi berwarna hitam atau berdarah
3. Batuk atau muntah darah
4. Bengkak atau berat badan naik, kurang kencing atau tidak kencing langsung
5. Mual, sakit di bahagian atas perut, gatal, hilang selera makan, kencing pekat
6. Demam, sakit tekak, dan sakit kepala dengan radangan pada kulit dan berwarna merah
 
Kesan Sampingan yang kurang serius seperti :
1. Rasa perut tidak sedap, pedih hati, cirit birit, sembelit atau perut masuk angin
2. Pening, sakit kepala dan resah
3. Gatal pada kulit atau ruam
4. Pandangan kabur
5. Bunyi getaran di telinga
6. Kerap berpeluh, hidung berair
Ini adalah kesan sampingan yang tidak lengkap. Sila berjumpa doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang lain
 
Maklumat Sukatan (Dos) Mefenamic Acid
 
1. Dos biasa dewasa untuk sakit:
makan 500mg diikuti 250 mg untuk setiap 6 jam jika diperlukan, tidak melebihi 7 hari
2. Dos biasa untuk sakit haid (Dysmenorrhea)
makan 500mg diikuti 250 mg untuk setiap 6 jam apabila sakit period itu bermula
3. Dos biasa kanak-kanak untuk sakit:
14 hingga 18 tahun : makan 500mg diikuti 250 mg untuk setiap 6 jam jika diperlukan, tidak melebihi 7 hari
 
Apakah ubat lain yang mempengaruhi Mefenamic acid?
 
Tanya doktor anda sebelum anda mengambil ubat anti-kemurungan seperti citalopram, escitalopram, fluoxetine, fluvoxamine. paroxetine atau asrtraline. Ubat-ubat ini jika diambil bersama NSAIDs boleh menyebabkan risiko pendarahan meningkat.
Beritahu doktor tentang semua ubat yang anda gunakan terutamnya :
1. Ubat cair darah seperti warfarin
2. Cyclosporin
3. Lithium
4. Methotrexate
5. Ubat Diuretic sepert Furosemide
6. Ubat steroid
7. Aspirin dan ubat tahan sakit lain (NSAIDs)
8. Ubat jantung dan darah tinggi
 
What other drugs will affect mefenamic acid?
 
Tell your doctor if you are taking an antidepressant such as citalopram (Celexa), duloxetine (Cymbalta), escitalopram (Lexapro), fluoxetine (Prozac, Sarafem, Symbyax), fluvoxamine (Luvox), paroxetine (Paxil), sertraline (Zoloft), or venlafaxine (Effexor). Taking any of these drugs with mefenamic acid may cause you to bruise or bleed easily.
 
Senarai ubat ini mungkin tidak lengkap. Sila berjumpa doktor jika anda ada menggunakan atau mengambil ubat lain.
 

 


Tanya Farmasi Anda

No posts to display.

___________________________

Help promote this web by

copy this code and put at

your web or blog

____________________________

Untuk Maklumat dan Keracunan ubat,

Hubungi Pusat Racun Negara (PRN) di :

 
Waktu Pejabat: 
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
 
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499

Copyright by MalaysianPharma.com 2013

Select style: Red Brown

eskisehir escort eskisehir escort eskisehir escort eskisehir escort eskisehir escort radyo dinle radyo dinle izmir escort
Notice: Uninitialized string offset: 0 in /home/malays98/public_html/templates/gk_sporter/lib/gk.framework.php on line 600