Login

Register

User Registration
or Cancel

Ibuprofen

 

Nama Ubat : Ibuprofen
 
Jenama Ubat :

1. Axcel Ibuprofen Paediatric Syrup® 

2. Bifen® 

3. Brufen®

Brufen filmtab_49331.gif

Brufen Retard® 

Brufen Suspension®

Brufen Suspension oral susp_49330.gif

Ibufac® 

Ibuprofen YSP®

Nurofen®

Nurofen for Children®

Nurofen for Children syr_49338.gif

Pharmaniaga Ibuprofen®

Spedifen 400®

 
 
Apakah itu ubat Ibuprofen ?
 
Ibuprofen adalah satu ubat tahan sakit bukan steroid (NSAID). Ia berfungsi dengan mengurangkan hormon yang menyebabkan keradangan dan kesakitan dalam badan.
Ibuprofen digunakan untuk mengurangkan demam dan merawat kesakitan atau keradangan yang disebabkan oleh keadaan seperti sakit kepala, sakit gigi, sakit belakang, arthritis, senggugut, atau kecederaan ringan.
Ibuprofen juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan di dalam panduan ubat ini.
 
Maklumat penting tentang ibuprofen
 
Ibuprofen boleh menyebabkan masalah jantung atau masalah peredaran darah yang boleh mengancam nyawa seperti serangan jantung atau strok, terutama jika anda menggunakannya untuk jangka panjang. Jangan gunakan ibuprofen sebelum atau selepas pembedahan pintasan jantung (CABG).
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai sakit dada, kelemahan, sesak nafas, pertuturan tidak jelas, atau masalah dengan pandangan atau keseimbangan.
This medicine may also cause serious effects on the stomach or intestines, including bleeding or perforation (forming of a hole). These conditions can be fatal and can occur without warning while you are taking ibuprofen, especially in older adults.
Ubat ini juga boleh menyebabkan kesan serius ke atas perut atau usus, termasuk pendarahan, perut atau usus berlubang . Keadaan ini boleh membawa maut dan boleh berlaku tanpa sebarang amaran ketika anda mengambil ibuprofen, terutamanya di kalangan orang dewasa yang lebih tua.
Hubungi doktor anda dengan segera jika anda mengalami gejala pendarahan perut seperti najis berwarna hitam atau berdarah,  atau batuk darah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi.
Jangan mengambil ubat ini daripada yang disyorkan. Dos berlebihan ibuprofen boleh menyebabkan kerosakan kepada perut atau usus anda. Gunakan ibuprofen dengan hanya amaun yang kecil yang diperlukan untuk mendapatkan kelegaan daripada kesakitan anda, bengkak, atau demam.
 
Sebelum mengambil ibuprofen
 
Jangan gunakan ibuprofen sebelum atau selepas pembedahan pintasan jantung.
Ubat ini boleh menyebabkan masalah jantung atau masalah peredaran yang boleh mengancam nyawa seperti serangan jantung atau strok, terutama jika anda menggunakannya pada jangka masa yang lama.
Ubat ini juga boleh menyebabkan kesan serius ke atas perut atau usus, termasuk pendarahan, perut atau usus berlubang . Keadaan ini boleh membawa maut dan boleh berlaku tanpa sebarang amaran ketika anda mengambil ibuprofen, terutamanya di kalangan orang dewasa yang lebih tua.
Anda tidak boleh menggunakan ubat ini jika anda ada alahan kepada ibuprofen, aspirin atau  ubat tahan sakit  NSAID yang lain.
Tanya doktor atau ahli farmasi samaada  anda selamat mengambil ubat ini jika anda mempunyai:
1. sejarah serangan jantung, strok, atau darah beku;
2. penyakit jantung, kegagalan jantung kongestif, tekanan darah tinggi;
3. sejarah ulser perut atau pendarahan;
4. asma;
5. polip dalam hidung anda;
6.  penyakit hati atau buah pinggang;
7. penyakit lupus eritematosus sistemik (SLE);
8. pendarahan atau gangguan pembekuan darah;
9. jika anda merokok.
Kategori kehamilan ialah D. Mengambil ibuprofen semasa 3 bulan terakhir kehamilan boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Beritahu doktor anda jika anda mengandung atau bercadang untuk menjadi hamil ketika menggunakan ibuprofen.Tidak diketahui sama ada ibuprofen boleh melalui ke dalam susu ibu atau jika ia boleh memudaratkan bayi yang menyusu. Jangan menggunakan ubat ini tanpa memberitahu doktor anda jika anda menyusu bayi. Jangan memberikan ubat ini kepada kanak-kanak tanpa nasihat doktor.
 
Bagaimana harus saya ambil ibuprofen?
 
Ambillah ubat ini sama seperti yang diarahkan pada label, atau sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.
Jangan ambil ubat ini lebih banyak daripada yang disyorkan. Dos berlebihan ibuprofen boleh menyebabkan kerosakan kepada perut atau usus anda. Jumlah maksimum ibuprofen untuk orang dewasa adalah 800 miligram per dos atau 3200 mg sehari (4 dos maksimum). Gunakan  ibuprofen dengan hanya amaun yang terkecil yang diperlukan untuk mendapatkan kelegaan daripada kesakitan anda, bengkak, atau demam. Ambil ibuprofen dengan makanan atau susu untuk mengurangkan sakit perut. Goncang ubat jika ubat itu adalah cecair  sebelum anda mengukur dos. Untuk memastikan anda mendapat dos yang betul, ukur cecair dengan sudu pengukur atau picagari, bukan dengan sudu yang biasa digunakan di rumah. Jika anda tidak mempunyai peranti dos-mengukur, minta ahli farmasi anda untuk medapatkannya.
Tablet kunyah Ibuprofen mestilah dikunyah sebelum anda menelannya.
Jika anda mengambil ibuprofen untuk tempoh masa yang panjang, doktor anda mungkin akan memeriksa anda secara berkala untuk memastikan ubat ini tidak menyebabkan kesan berbahaya. Jangan ponteng pertemuan yang dijadualkan doktor anda.
Simpan Ibuprofen pada suhu bilik jauh dari kelembapan dan haba. Jangan sesekali membiarkan ubat cecair menjadi beku.
 
Apa yang harus saya buat sekiranya saya tertinggal satu dos?
 
Oleh kerana ibuprofen diambil jika diperlukan, anda tidak perlu mengikut jadual dos. Jika anda diperlukan untuk mengambil ubat mengikut jadual, ambil dos yang tertinggal dengan seberapa segera yang anda ingat. Langkau dos yang terlepas jika ia hampir dengan dos yang  berikutnya. Jangan mengambil ubat tambahan untuk membuat dos yang terlepas.
 
Apa yang berlaku jika saya terlebih dos?
 
Dapatkan rawatan perubatan kecemasan atau hubungi talian Pusat Racun Negara (PRN) di :
Waktu Pejabat: 
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
 Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499
Gejala dos berlebihan mungkin termasuk rasa loya, muntah-muntah, sakit perut, mengantuk, najis hitam atau berdarah, batuk darah, pernafasan cetek, pengsan atau koma.
 
Apa yang perlu saya elakkan semasa mengambil ibuprofen?
 
Elakkan mengambil ibuprofen jika anda mengambil aspirin untuk mencegah angin ahmar atau serangan jantung. Ibuprofen boleh membuat aspirin kurang berkesan dalam melindungi jantung dan saluran darah anda. Jika anda diwajibkan untuk menggunakan kedua-dua ubat, ambil ibuprofen sekurang-kurangnya 8 jam sebelum atau 30 minit selepas anda mengambil aspirin. Tanya doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan mana-mana ubat selesema, alahan, atau ubat sakit yang lain. Ibuprofen dan lain-lain ubat NSAID mungkin terkandung dalam banyak ubat-ubatan. Mengambil produk tertentu boleh menyebabkan anda mengambil ibuprofen terlalu banyak. Periksa label untuk melihat sama ada ubat mengandungi ibuprofen atau ubat NSAID yang serupa (aspirin, naproxen, ketoprofen). Elakkan minum arak. Ia boleh meningkatkan risiko pendarahan perut.
 
Kesan sampingan Ibuprofen
 
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan terhadap ibuprofen seperti: gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak. Berhenti ambil ibuprofen dan dapatkan rawatan perubatan segera atau hubungi doktor anda jika anda mempunyai apa-apa kesan sampingan yang serius seperti:
1. sakit dada, lemah, sesak nafas, pertuturan tidak jelas, masalah dengan pandangan atau keseimbangan
2. najis berwarna hitam atau berdarah, batuk darah atau muntah yang kelihatan seperti serbuk kopi;
3. bengkak atau pertambahan berat badan yang cepat;
4. kencing kurang daripada biasa atau tidak kencing sama sekali;
5. loya, sakit perut di bahagian atas, gatal, hilang selera makan, air kencing berwarna gelap, najis berwarna tanah liat, jaundis (kekuningan kulit atau mata);
6. demam, sakit tekak, dan sakit kepala dengan kulit melepuh yang teruk, mengelupas, dan ruam kulit merah;
7. lebam, , kebas, sakit, lemah otot;
8. sakit kepala yang teruk, kekejangan leher, menggigil, peningkatan kepekaan terhadap cahaya, dan / atau sawan.
Kesan sampingan ibuprofen kurang serius termasuklah:
1. sakit perut, pedih hulu hati yang ringan, cirit-birit, sembelit;
2. kembung, angin;
3. pening, sakit kepala, rasa gementar;
4. gatal kulit atau ruam;
5. penglihatan kabur;
6. deringan di telinga anda.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan dan kesan lain boleh berlaku. Hubungi ahli farmasi atau doktor anda untuk nasihat perubatan tentang kesan-kesan sampingan. 
 
Apakah ubat apa yang lain yang boleh mempengaruhi ibuprofen?
 
Tanya doktor anda sebelum anda mengambil ubat antidepresan seperti citalopram (Celexa), escitalopram (Lexapro), fluoxetine (Prozac, Sarafem, Symbyax), fluvoxamine (Luvox), paroxetine (Paxil), sertraline (Zoloft). Ambil mana-mana ubat-ubat ini dengan NSAID boleh menyebabkan anda mudah mengalami lebam atau pendarahan.
Beritahu doktor anda tentang semua ubat-ubatan lain yang anda gunakan, terutamanya:
1. aspirin atau lain-lain ubat NSAID seperti naproxen (Aleve, Naprosyn, Naprelan, Treximet), celecoxib (Celebrex), diclofenac (Arthrotec, Cambia, Cataflam, Voltaren, Flector Patch, Pennsaid, Solareze), indomethacin (Indocin), meloxicam (Mobic) dan lain-lain;
2. ubat tekanan darah tinggi atau ubat jantung seperti benazepril (Lotensin), enalapril (Vasotec), lisinopril (Prinivil, Zestril), quinapril (Accupril), ramipril (Altace), dan lain-lain;
3. litium (Eskalith, Lithobid);
4. diuretik (pil air) seperti furosemide (Lasix);
5. methotrexate (Rheumatrex, Trexall);
6. steroid (prednisone dan lain-lain);
7. pencair darah seperti warfarin (Coumadin, Jantoven).
Senarai ini mungkin tidak lengkap dan ubat-ubat lain boleh berinteraksi dengan ibuprofen. Beritahu doktor mengenai semua ubat yang anda gunakan. Ini termasuk ubat vitamin, dan herba. Jangan memulakan ubat baru tanpa memberitahu doktor anda.
 

 


Tanya Farmasi Anda

No posts to display.

___________________________

Help promote this web by

copy this code and put at

your web or blog

____________________________

Untuk Maklumat dan Keracunan ubat,

Hubungi Pusat Racun Negara (PRN) di :

 
Waktu Pejabat: 
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
 
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499

Copyright by MalaysianPharma.com 2013

Select style: Red Brown

radyo dinle radyo dinle izmir escort
Notice: Uninitialized string offset: 0 in /home/malays98/public_html/templates/gk_sporter/lib/gk.framework.php on line 600