Nama Ubat : erythromycin
Jenama ubat :
1. Akne-Mycin®
2. Aknemycin Plus® (erythromycin + tretinoin)
3. Axcel Erythromycin ES®
4. EES 400®
5. Efasol® (erythromycin + tretinoin)
6. Erycin®
7. Eryderm®
8. Eryson®
9. Erythromycin Lactobionate IV Pharmatex®
10. Erythromycin YSP®
11. Oftalmolosa Cusi Erythromycin®
12. Pharmaniaga Erythromycin Suspension®
13. Pharmaniaga Erythromycin Tablet®
14. Sathrocin ES®
15. Stiemycin®
Apakah itu ubat Erythromycin ?
Erythromycin adalah dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai antibiotik macrolide. Antibiotik Macrolide melambatkan pertumbuhan bakteria, atau boleh juga membunuh bakteria yang sensitif dengan mengurangkan pengeluaran protein penting yang diperlukan oleh bakteria untuk hidup
Erythromycin digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Ia juga digunakan untuk mencegah bakteria endokarditis dan serangan demam reumatik.
Erythromycin juga boleh digunakan untuk tujuan lain.
Maklumat penting tentang erythromycin
Jangan menggunakan ubat ini jika anda ada alahan kepada erythromycin, atau jika anda juga mengambil cisapride (Propulsid) atau pimozide (Orap). Erythromycin boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan ini dan boleh menyebabkan gangguan degupan jantung yang berbahaya atau mengancam nyawa.
Jika anda mempunyai penyakit hati atau myasthenia gravis, anda mungkin perlu pelarasan dos atau ujian khas untuk memastikan anda selamat mengambil erythromycin
Elakkan pendedahan kepada cahaya matahari atau sinaran UV. Erythromycin boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif kepada cahaya matahari dan mungkin menyebabkan anda sunburn. Gunakan krim pelindung matahari (minimum SPF 15) dan pakailah pakaian perlindungan jika anda terdedah kepada matahari.
Ubat antibiotik boleh menyebabkan cirit-birit, yang boleh menjadi tanda-tanda jangkitan baru. Jika anda mengalami cirit-birit yang berair atau mempunyai darah di dalamnya, hubungi doktor anda. Jangan gunakan sebarang ubat untuk menghentikan cirit-birit melainkan jika doktor anda memberitahu anda.
Ambil ubat ini seperti yang telah ditetapkan untuk anda jika anda dan jangan berhenti ambil ubat walaupun berasa lebih sihat. Simptom anda meungkin lebih baik sebelum jangkitan dirawat sepenuhnya. Erythromycin tidak akan merawat jangkitan virus seperti selsema.
Sebelum mengambil erythromycin
Jangan ambil ubat ini jika anda ada alahan kepada erythromycin, atau jika anda mengambil mana-mana ubat-ubatan berikut:
1. cisapride (Propulsid);
2. pimozide (Orap).
Erythromycin boleh berinteraksi dengan ubat-ubat ini dan boleh menyebabkan gangguan degupan jantung yang berbahaya atau mengancam nyawa.
Sebelum mengambil erythromycin, beritahu doktor anda jika anda mempunyai penyakit hati atau myasthenia gravis. Anda mungkin memerlukan pelarasan dos atau ujian khas untuk selamat mengambil ubat ini.
Kategori kehamilan ialah B: Ubat ini tidak dijangka akan memudaratkan bayi dalam kandungan. Beritahu doktor anda jika anda mengandung atau bercadang untuk hamil semasa rawatan. Erythromycin boleh masuk ke dalam susu ibu dan boleh membahayakan bayi yang menyusu. Jangan menggunakan ubat ini tanpa memberitahu doktor anda jika anda menyusukan bayi.
Bagaimanakah saya ambil erythromycin?
Ambil ubat ini seperti yang telah ditetapkan untuk anda jika anda dan jangan berhenti ambil ubat walaupun berasa lebih sihat. Jangan mengambil dos yang lebih besar atau lebih lama daripada yang disyorkan oleh doktor anda. Ikut arahan pada label preskripsi anda.
Ambil ubat dengan segelas penuh (8 auns) air. Erythromycin boleh diambil semasa perut kosong atau bersama makanan atau susu.
Goncang larutan ubat (cecair) sebelum anda mengukur dos. Untuk memastikan anda mendapat dos yang betul, ukur cecair dengan sudu pengukur atau picagari yang disediakan, bukan dengan sudu biasa di rumah.
Ubat ini boleh menyebabkan anda mendapat keputusan yang salah dengan ujian perubatan yang tertentu. Beritahu mana-mana doktor yang merawat anda bahawa anda menggunakan
Simpan ubat ini pada suhu bilik jauh dari kelembapan dan haba.
Apa yang berlaku sekiranya saya tertinggal satu dos?
Ambil dos yang tertinggal dengan segera sejurus anda ingat. Jika ia hampir pada dos seterusnya, tinggalkan dos yang tertinggal dan ambil ubat pada dos seterusnya. Jangan mengambil ubat tambahan untuk menggantikan dos yang tertinggal.
Apa yang berlaku jika saya terlebih dos?
Dapatkan rawatan perubatan kecemasan jika anda merasakan anda telah menggunakan terlalu banyak ubat ini atau hubungi talian Pusat Racun Negara (PRN) di :
Waktu Pejabat:
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499
Gejala dos berlebihan mungkin termasuk rasa loya, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, atau kehilangan pendengaran.
Apa yang perlu saya elakkan semasa mengambil erythromycin?
Elakkan pendedahan kepada cahaya matahari atau sinaran UV. Erythromycin boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif kepada cahaya matahari dan mungkin menyebabkan anda sunburn. Gunakan krim pelindung matahari (minimum SPF 15) dan pakailah pakaian perlindungan jika anda terdedah kepada matahari.
Ubat antibiotik boleh menyebabkan cirit-birit, yang boleh menjadi tanda-tanda jangkitan baru. Jika anda mengalami cirit-birit yang berair atau mempunyai darah di dalamnya, hubungi doktor anda. Jangan gunakan sebarang ubat untuk menghentikan cirit-birit melainkan jika doktor anda memberitahu anda.
Kesan sampingan Erythromycin
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai apa-apa tanda-tanda tindak balas alahan terhadap erythromycin seperi: gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak. Hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai apa-apa kesan sampingan yang serius seperti:
1. sakit dada, degupan jantung yang tidak sekata, rasa ringan kepala atau pengsan;
2. loya, sakit perut, demam, selera makan hilang, air kencing berwarna gelap, najis berwarna pucat, jaundis (kekuningan kulit atau mata);
3. cirit-birit yang berair atau berdarah.
Kesan sampingan erythromycin kurang serius mungkin termasuklah:
1. rasa loya yang ringan, muntah-muntah, cirit-birit, atau sakit perut;
2. pening, sakit kepala, rasa letih;
3. gatal di kawasan faraj atau pelepasan cecair di faraj;
4. gatal sederhana atau ruam pada kulit.
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan dan lain-lain boleh berlaku. Hubungi doktor anda untuk nasihat perubatan tentang kesan-kesan sampingan.
Apakah ubat lain yang boleh mempengaruhi erythromycin?
Banyak ubat boleh berinteraksi dengan erythromycin. Di bawah adalah sebahagian daripada senarai ubat. Beritahu doktor anda jika anda menggunakan ubat seperti:
1. bromocriptine (Parlodel);
2. cilostazol (Pletal);
3. cyclosporine (Sandimmune, Neoral);
4. digoxin (Lanoxin);
5. disopyramide (Norpace);
6. quinidine (Quinaglute, Quinidex);
7. sildenafil (Viagra);
8. tacrolimus (Prograf);
9. teofilin (Theo-Dur, Theobid, dan lain-lain);
10. verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan);
11. vinblastine (Velban);
12. alprazolam (Xanax) atau triazolam (Halcion);
13. pencair darah seperti warfarin (Coumadin);
14. carbamazepine (Tegretol), phenytoin (Dilantin) atau asid valproic (Depakote, Depakene);
15. ubat kolesterol seperti lovastatin (Mevacor) atau simvastatin (Zocor);
16. ergotamine (Ercaf, Cafergot, Ergostat, Ergomar) atau dihydroergotamine (DHE 45, Migranal);
17. mana-mana antibiotik lain.
Senarai ini mungkin tidak lengkap dan terdapat banyak ubat-ubatan lain yang boleh berinteraksi dengan erythromycin. Beritahu doktor mengenai semua preskripsi dan ubat yang anda gunakan. Ini termasuklah vitamin, mineral, produk herba dan ubat yang ditetapkan oleh doktor lain. Jangan mula menggunakan ubat baru tanpa memberitahu doktor anda.