Nama Ubat : Quinidine
Jenama Ubat :
Apakah itu Ubat Quinidine ?
Quinidine digunakan untuk merawat rentak jantung yang tidak normal. Ia berfungsi dengan menjadikan jantung anda lebih tahan kepada aktiviti yang tidak normal. Quinidine juga digunakan untuk merawat malaria.
Ubat ini kadang-kala ditetapkan untuk kegunaan lain. Tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.
Kelas Ubat : Ejen Antiarithmia kelas 1A
Kitaran hidup malaria
Apakah maklumat yang paling penting yang perlu saya tahu mengenai quinidine?
Anda tidak boleh mengambil ubat ini jika anda pernah mempunyai tindakbalas alahan kepada quinidine atau quinine (Qualaquin), atau anda mempunyai keaddan mudah berlaku pendarahan atau lebam yang ganjil. Anda tidak boleh mengambil quinidine jika anda mempunyai myasthenia gravis atau keadaan jantung tertentu, terutamanya "AV blok".
Sebelum anda mengambil quinidine, beritahu doktor anda jika anda mempunyai kadar jantung perlahan, kegagalan jantung kongestif, penyakit jantung yang serius seperti "Sindrom sakit sinus", penyakit buah pinggang atau hati, tahap kalium dan magnesium yang rendah dalam darah anda, sejarah "Long QT syndrome," jika anda mempunyai diet garam yang rendah, atau jika anda pernah mempunyai elektrokardiogram atau ECG yang tidak normal.
Jika anda memerlukan pembedahan, beritahu pakar bedah sebelum masa anda menggunakan quinidine. Anda mungkin perlu berhenti menggunakan ubat itu untuk masa yang singkat. Tanya doktor anda bagaimana untuk menyesuaikan dos quinidine anda jika diperlukan. Jangan ubah dos ubat atau jadual anda tanpa nasihat doktor anda. Hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti: muntah-muntah dan cirit-birit, deringan di telinga, hilang pendengaran, pening yang teruk, perubahan dalam penglihatan, sakit di belakang mata, tompok putih atau keadaan kelabu di mata anda, kulit pucat atau kekuningan, air kencing berwarna gelap, masalah mudah lebam atau pendarahan, berdehit, masalah pernafasan, atau corak degupan jantung yang tidak teratur yang baru atau menjadi lebih buruk. Terdapat banyak ubat-ubatan lain yang boleh berinteraksi dengan quinidine. Beritahu doktor mengenai semua ubat yang anda gunakan. Ini termasuklah ubat vitamin, dan herba. Jangan memulakan ubat baru tanpa memberitahu doktor anda. Simpan semua senarai ubat anda dan tunjukkan kepada mana-mana pegawai kesihatan yang merawat anda.
Apa yang saya perlu saya bincang dengan pegawai kesihatan saya sebelum mengambil quinidine?
Anda tidak boleh mengambil ubat ini jika anda pernah mempunyai tindakbalas alahan kepada quinidine atau quinine (Qualaquin), atau anda mempunyai keaddan mudah berlaku pendarahan atau lebam yang ganjil. Anda tidak boleh mengambil quinidine jika anda mempunyai myasthenia gravis atau keadaan jantung tertentu, terutamanya "AV blok".
Untuk memastikan anda boleh mengambil quinidine dengan selamat, beritahu doktor anda jika anda mempunyai mana-mana keadaan lain seperti:
1. kadar jantung perlahan-lahan;
2. kegagalan jantung kongestif;
3. keadaan jantung yang serius seperti "Sindrom sakit sinus";
4. penyakit buah pinggang;
5. penyakit hati;
6. tahap kalium dan magnesium di dalam darah anda yang rendah;
7. sejarah "Long QT sindrom";
8. jika anda berada dalam diet garam yang rendah;
9. jika anda pernah mempunyai elektrokardiogram atau ECG yang tidak normal
Kategori kehamilan FDA ialah C. Quinidine tidak diketahui sama ada akan membahayakan bayi dalam kandungan. Beritahu doktor anda jika anda mengandung atau merancang untuk hamil pada masa yang sama menggunakan ubat ini. Quinidine boleh masuk ke dalam susu ibu dan boleh membahayakan bayi yang menyusu. Jangan menggunakan ubat ini tanpa memberitahu doktor anda jika anda menyusu bayi
Bagaimana cara saya perlu mengambil quinidine?
Ambil seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan ambil dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan. Ikut arahan pada label preskripsi anda.
Doktor anda mungkin akan menukar dos ubat anda untuk memastikan anda mendapatkan hasil yang terbaik.
Anda mungkin boleh memecahkan pil kepada separuh jika doktor mengarahkan anda. Jika anda memerlukan pembedahan, beritahu pakar bedah sebelum masa anda menggunakan quinidine. Anda mungkin perlu berhenti menggunakan ubat itu untuk masa yang singkat. Tanya doktor anda bagaimana untuk menyesuaikan dos quinidine jika diperlukan. Jangan ubah dos ubat atau jadual anda tanpa nasihat doktor anda.
Gunakan quinidine mengikut jadual untuk mendapat eksan terbaik. Ubat anda hendaklah diisi semula sebelum anda kehabisan ubat sepenuhnya.
Semasa menggunakan quinidine, anda mungkin perlukan ujian darah di pejabat doktor anda. Berjumpalah dengan doktor anda secara berkala.
Simpan pada suhu bilik jauh dari kelembapan dan haba.
Apa yang perlu saya buat sekiranya saya tertinggal satu dos?
Ambil ubat sebaik sahaja anda ingat. Jika ia hampir untuk dos seterusnya, abaikan dos yang tertinggal dan ambil ubat itu pada dos seterusnya. Jangan ambil dos tambahan untuk menggantikan dos yang terlepas.
Apa yang harus saya buat jika saya terlebih dos?
Dapatkan rawatan perubatan kecemasan atau hubungi talian Pusat Racun Negara (PRN) di :
Waktu Pejabat:
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499
Gejala dos berlebihan mungkin termasuk muntah-muntah, cirit-birit, deringan di telinga anda atau masalah pendegaran, pening atau rasa berputar, penglihatan kabur, degupan jantung yang tidak teratur, kekeliruan, atau berasa seperti anda mungkin akan pengsan
Apa yang perlu saya elakkan semasa mengambil quinidine?
Jangan mengubah jumlah garam dalam diet anda melainkan jika doktor anda memberitahu anda.
Jus anggur boleh berinteraksi dengan quinidine dan membawa kepada kesan berbahaya. Bincangkan penggunaan produk jus anggur dengan doktor anda. Jangan menambah atau mengurangkan jumlah produk anggur dalam diet anda tanpa terlebih dahulu berbincang dengan doktor anda.
Kesan sampingan Quinidine
Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda tindakbalas alahan seperti: gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak anda.
Hubungi doktor anda segera jika anda mempunyai kesan sampingan yang serius seperti:
1. muntah-muntah dan cirit-birit;
2. deringan dalam telinga, hilang pendengaran, rasa pening yang teruk;
3. perasaan seperti anda mungkin nak pengsan;
4. perubahan dalam penglihatan, sakit di belakang mata, peingkatan kepekaan mata anda kepada cahaya;
5. tompok putih di mata anda;
6. corak degupan jantung yang tidak teratur yang baru atau menjadi lebih buruk;
7. kulit pucat atau kekuningan, air kencing berwarna gelap, demam, kekeliruan atau rasa lemah;
8. rasa loya, sakit perut, demam rendah, kehilangan selera makan, najis berwarna tanah liat;
9. sawan;
10. mudah lebam, pendarahan luar biasa (pada hidung, mulut, faraj, atau dubur), tompokan warna ungu atau merah di bawah kulit anda;
11. bronchospasm (bunyi berdehit, kesesakan dada, kesukaran bernafas).
Kesan sampingan yang kurang serius mungkin termasuk:
1. rasa loya, muntah-muntah, atau cirit-birit yang sederhana;
2. pedih ulu hati;
3. mood tertekan atau depress;
4. sakit otot atau sakit sendi;
5. sakit kepala, pening;
6. ruam kulit yang ringan;
7. kulit kering, atau mengelupas;
8. muka merah (muka kehangatan, kemerahan, atau rasa kebas).
Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan dan kesan lain boleh berlaku. Hubungi doktor anda untuk nasihat perubatan tentang kesan-kesan sampingan.
Maklumat Dos Quinidine
1. Dos Dewasa yang biasa untuk aritmia:
Pil (sulfat): 100 hingga 600 mg / dos secara makan setiap 4 hingga 6 jam; bermula pada 200 mg / dos dan titrate untuk kesan yang diingini (dos maksimum harian: 3-4 g).
Extended Release: 324-648 mg (gluconate) secara makan setiap 8 hingga 12 jam atau 300 hingga 600 mg (sulfat) secara makan setiap 8 hingga 12 jam.
IV: 800 mg gluconate quinidine dicairkan kepada 50 ml dan diberikan pada kadar tidak melebihi 1 mL / min.
2. Dos Dewasa yang biasa untuk Malaria:
Dos Ujian: 200 mg tablet sulfat quinidine atau suntikan IM quinidine gluconate untuk menentukan kemungkinan reaksi aneh.
Regimen Dos 1:
Loading dos: 24 mg / kg quinidine gluconate dicairkan dalam 250 mL yang diinfusikan lebih daripada 4 jam.
Dos Penyelenggaraan : Mula dalam masa 24 jam, 12 mg / kg quinidine gluconate dicairkan dalam 250 mL lebih daripada 4 jam setiap 8 jam selama 7 hari atau sehingga terapi pil.
Regimen Dos 2:
Dos Loading: 10 mg / kg quinidine gluconate dicairkan dalam 250 mL untuk 1 hingga 2 jam.
Dos Penyelenggaraan: 0.02 mg / kg / min quinidine gluconate sehingga 72 jam.
Perubahan terapi kepada pil quinine jika ketumpatan parasit adalah kurang daripada 1% dan pesakit boleh menerima ubatan secara oral untuk melengkapkan terapi rawatan; jumlah tempoh rawatan (quinidine / quinine): 7 hari di Asia Tenggara; digunakan dengan kombinasi doxycycline, tetracycline, atau clindamycin.
3. Dos Pediatrik Biasa untuk Malaria:
Dos Ujian: 200 mg pil quinidine sulphate atau suntikan IM quinidine gluconate untuk menentukan kemungkinan reaksi aneh.
Dos regimen 1:
Loading dos: 15 mg / kg quinidine gluconate yang dicairkan dalam 250 mL yang diinfusikan lebih daripada 4 jam.
Dos Penyelenggaraan : Mula dalam masa 24 jam, 7.5 mg / kg quinidine gluconate dicairkan dalam 250 mL untuk lebih daripada 4 jam setiap 8 jam selama 7 hari atau sehingga terapi pil.
Dos regimen 2:
Dos Loading: 10 mg / kg quinidine gluconate dicairkan dalam 250 mL lebih 1 hingga 2 jam.
Dos Penyelenggaraan: 0.02 mg / kg / min quinidine gluconate sehingga 72 jam.
Perubahan kepada terapi pil quinine jika ketumpatan parasit adalah kurang daripada 1% dan pesakit boleh menerima ubatan secara makan untuk melengkapkan rawatan; jumlah tempoh rawatan (quinidine / quinine): 3 hari di Afrika atau Amerika Selatan; 7 hari di Asia Tenggara; digunakan dalam kombinasi dengan doxycycline, tetracycline, atau clindamycin
Ubat lain apakah yang akan menjejaskan quinidine?
Banyak ubat boleh berinteraksi dengan quinidine. Di bawah adalah sebahagian ubat. Beritahu doktor anda jika anda menggunakan:
1. cimetidine (Tagamet);
2. digoxin (Lanoxin);
3. ketoconazole (Extina, Ketozole, Nizoral, Xolegal);
4. rifampin (Rifater, Rifadin, Rifamate);
5. warfarin (Coumadin);
6. diuretik (pil air);
7. ubat glaukoma seperti acetazolamide (Diamox) atau methazolamide (Glauctabs, Neptazane);
8. ubat jantung atau ubat tekanan darah seperti diltiazem (Cartia, Cardizem), felodipine (Plendil), nicardipine (Cardene), nimodipine, Nimotop), nifedipine (Nifedical, Procardia), propranolol (Inderal), atau verapamil (Calan, Covera, Isoptin, Verelan);
9. ubat-ubatan untuk merawat gangguan psikiatri, seperti haloperidol (Haldol), dan lain-lain;
10. ubat narkotik seperti codeine atau hydrocodone (Lortab, Vicodin);
11. ubat untuk rentak jantung lain seperti amiodarone (Cordarone, Pacerone), mexiletine (Mexitil), disopyramide (Norpace), atau procainamide (Procan SR, Procanbid, Pronestyl);
12. phenothiazine seperti chlorpromazine (Thorazine), promethazine (Phenergan, Promethegan), prochlorperazine (Compazine), dan lain-lain;
13. ubat sawan seperti phenytoin (Dilantin) atau phenobarbital (Solfoton);
14. sodium bikarbonat, Potassium Citrate(K-Lyte, Urocit-K), natrium sitrat dan asid sitrik (Bicitra, Oracit), atau natrium dan kalium sitrat (Citrolith, Polycitra);
15. ubat antidepresan seperti amitriptyline (Elavil), doxepin (Sinequan), clomipramine (Anafranil), imipramine (Tofranil), dan lain-lain
Senarai ini mungkin tidak lengkap dan terdapat banyak ubat-ubat lain yang boleh berinteraksi dengan quinidine. Beritahu doktor anda mengenai semua ubat yang anda gunakan. Ini termasuklah pil vitamin, dan herba. Jangan memulakan ubat baru tanpa memberitahu doktor anda. Simpan senarai semua ubat anda dan tunjukkan kepada mana-mana pegawai kesihatan yang merawat anda.