Login

Register

User Registration
or Cancel

Furosemide (Lasix)

 

Nama Ubat : Furosemide
 
Jenama:
 
1. Akoset® 
Akoset inj_50766.gif
 
2. DBL Frusemide® 
 
3. Dirine® 
 
4. Fruside® 
 
5. Lasix®
Lasix tab_288.gif
6. Pharmaniaga Frusemide® 
Pharmaniaga Frusemide tab_25890.gif
7. Rasitol® 
 
8. Suopinchon® 
 
Furosmide adalah ubat loop diuretic yang menghalang badan daripada menyerap terlalu banyak garam dan membenarkan garam disingkarkan melalui air kencing. Furosmide mengubati edema (air terkumpul) pada pesakit yang mengalami kegagalan jantung kongestif, penyakit hati atau penyakit buah pinggang. Ubat ini juga digunakan untuk mengubati darah tinggi.
Ubat ini juga boleh digunakan untuk selain kegunaan diatas
 
Maklumat Penting Mengenai Furosmide
 
Sebelum mengambil Furosmide, beritahu doktor anda jika anda mempunyai penyakit buah pinggang, penyakit hati, gout, lupus, kencing manis atau alahan kepada ubat sulfa.
Untuk memastikan ubat ini tidak menyebabkan kesan bahaya, darah anda perlu diuji mengikut jadual. Fungsi buah inggang atau hati anda juga perlu diuji. Jangan ponteng perjumpaan dengan doktor.
Furosmide akan menyebabkan anda kencing lebih selalu dan anda boleh mengalami kekurangan air. Ikutlah arahan doktor tentang potassium supplement atau mendapatkan cukup garam dalam permakanan anda. Elakkan daripada mengalami kekurangan air. Ikut arahan doktor mengenai jenis dan jumlah cecair yang anda perlu minum ketika mengambil Furosmide.
Jika anda mengambil Furosmide untuk mengubati penyakit darah tinggi, teruskan menggunakan ubat ini walaupun anda merasa baik. Tekanan darah tinggi biasanya tiada simptom atau tanda.
 
Sebelum Mengambil Furosemide
 
Jangan ambil Furosmide jika anda tidak boleh kencing
Sebelum mengambil Furosmide, beritahu doktor anda jika anda mempunyai penyakit;
1. buah pinggang
2. hati
3. gout
4. lupus
5. kencing manis
6. alahan kepada ubat sulfa
Jika nada mempunyai keadaan seperti ini, anda mungkin perlukan perubahan dos atau ujian tersendiri untuk membolehkan anda selamat mengambil Furosmide.
Kategoti kehamilan C. Tidak diketahui bahawa ubat ini bahaya kepada bayi dalam kandungan. Sebelu mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika anda mengandung atau merancang untuk mengandung. Furosmide boleh melalui susu ibbu dan membahayakan anak yang menyusu. Jangan gunakan ubat ini tanpa memberitahu doktor yang anda meyusukan anak.
 
Bagaimanakah Saya Mengambil Furosemide ?
 
Ambil Furosmide seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Jangan ambil Furosemide  dengan kadar yang sedikit atau berlebihan atau terlalu lama daripada yang disyorkan. Ikut arahan doktor. Doktor anda mungkin akan mengubah dos dari masa ke semasa untuk memastikan keputusan yang lebih baik.
Furosmide akan menyebabkan anda kencing lebih selalu dan anda boleh mengalami kekurangan air. Ikutlah arahan doktor tentang potassium supplement atau mendapatkan cukup garam dalam permakanan anda.
Untuk memastikan ubat ini tidak menyebabkan kesan bahaya, darah anda perlu diuji mengikut jadual. Fungsi buah inggang atau hati anda juga perlu diuji. Jangan ponteng perjumpaan dengan doktor.
Jika anda mengambil Furosmide untuk mengubati penyakit darah tinggi, teruskan menggunakan ubat ini walaupun anda merasa baik. Tekanan darah tinggi biasanya tiada simptom atau tanda.
Simpan Furosemide pada suhu bilik jauh daripada panas, cahaya dan kelembapan.
 
Apa patut saya buat jika terlupa makan ubat?
 
 Kadangkala Furosemide hanya digunakan sekali sahaja, jadi anda tidak memerlukan jadual dos. Jika anda perlu mengambil ubat ini selalu, makan ubat sejurus anda ingat. Jika hampir dengan dos seterusnya, jangan makan dos yang tertinggal itu dan makan ubat seperti biasa untuk dos seterusnya. Jangan makan ubat lebih daripada yang diarahkan oleh doktor.
 
Apa harus saya buat jika termakan lebih?
 
Pergi ke klinik atau hospital berhampiran jika anda merasakan terlebih dos. Terlebih dos Furosemide boleh menyebabkan simptom atau tanda2 seperti telinga bergetar, hilang selera, lemah-lemah badan, pening, keliru, rasa kepala ringan atau pengsan.
 
Apa yang patut saya elakkan jika mengambil Furosemide?
 
Furosmide akan menyebabkan anda kencing lebih selalu dan anda boleh mengalami kekurangan air. Ikutlah arahan doktor tentang potassium supplement atau mendapatkan cukup garam dalam permakanan anda.
. Elakkan terdedah kepada matahari terlalu lama. Ubat ini boleh menyebabkan anda mudah terkena sunburn. Pakailah pakaian yang melindungi tubuh dan gunalah sunblock (SPF 30 dan keatas) jika anda keluar rumah.
 
Apakah Kemungkinan Kesan Sampingan bagu Furosemide ?
 
Hentikan mengambil Furosemide  dan sila dapatkan rawatan kecemasan di hospital jika anda mengalami kesan alahan seperti keradangan dan gatal pada kulit, susah untuk bernafas, bengkak pada muka, bibir dan tekak. Hentikan pengambilan ubat dan hubungi doktor segera jika anda mengalami kesan yang serius seperti :
1. Mulut yang kering, dahaga, ras mual dan muntah;
2. Rasa lemah, mengantuk, letih atau kepala rasa ringan
3. Degupan jantung laju atau x tak teratur
4. Sakit otot atau lemah-lemah
5. Kencing kurang daripada biasa atau tidak kencing langsung
6. Mudah berdarah atau rasa terlalu lemah
7. Keradangan pada kuli dan kemerah-merahan
8. Hilang pendengaran atau
9. rasa mual, sakit perut, demam, hilang selera. kencing pekat, najis tahi warna pucat, jaundis (kekuningan pada mata dan kulit)
 
Kemungkinan Kesan yang Kurang Serius ialah ;
 
1. Cirit birit, sembelit atau sakit perut
2. Sakit kepala
3. Kebas-kebas, rasa terbakar atau sakit
4. Pening kepala
5. Pandangan Kabur
Kesan sampingan ini mungkin tidak lengkap. Sila berjumpa doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang lain
 
Ubat lain apakah yang mempengaruhi Furosemide ?
 
Jika anda mengambil Sucralfate (Carafate), ambil ubat it sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau selepas mengambil furosemide.
Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika anda mengambil ubat seperti:
1. Lithium;
2. Digoxin (Lanoxin);
3. Steroids (prednisone dll)
4. Ethacrynic acid (Edecrin)
5. Ubat Diets 
6. Ubat darah tinggi yang lain
7. Amikacin, gentamicin, netilmicin, streptomycin atau tobramycin
8. Ubat salicylate seperti aspirin, disalcid dll
Ini mungkin senarai yang tidak lengkap. Sila beritahu doktor dan ahli farmasi anda jika anda ada mengambil ubat-ubat lain

Tanya Farmasi Anda

No posts to display.

___________________________

Help promote this web by

copy this code and put at

your web or blog

____________________________

Untuk Maklumat dan Keracunan ubat,

Hubungi Pusat Racun Negara (PRN) di :

 
Waktu Pejabat: 
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
 
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499

Copyright by MalaysianPharma.com 2013

Select style: Red Brown


Notice: Uninitialized string offset: 0 in /home/malays98/public_html/templates/gk_sporter/lib/gk.framework.php on line 600