Login

Register

User Registration
or Cancel

Diclofenac

Nama ubat : Diclofenac
 
Jenama Ubat: 
 
1. Almiral Gel® 
 
2. Analpan® 
Analpan inj (amp)_6277.gif
 
3. Cataflam®
 
4. Clofec® 
 
5. Diclofenac Siu Guan®
 
6. Difnal® 
 
7. Difnal K® 
 
8. Doroxan® 
 
9. Fenac®
 
10. Inflanac®
 
11. Lesflam® 
 
12. Olfen® 
 
13. Olfen Gel® 
 
14. Remethan® 
 
15.Rhemofenax® 
 
 
16. PanaFlex Extra® 
17. Uniren®
 
18. Vokam®
 
 
19. Voltaren®
 
 
20. Voltaren Emulgel®
 
21. Voltaren Ophtha® 
 
22. Voren®
 
23. Voren Gel®
 
24. Voren Plus®  
 
25. Zolterol®
 
 
26. Zolterol SR®
 
 
 
Diclofenac adalah ubat tahan sakit bukan steroid (NSAID) yang berfungsi dengan mengurangkan bahan yang menyebabkan sakit di dalam badan. Ubat ini digunakan untuk mengubati sakit atau radangan yang disebabkan oleh sakit sendi seperti arthritis atau ankylosing spondylitis.
 
 
Maklumat Penting Mengenai Diclofenac
 
Diclofenac boleh menyebabkan masalah jantung dan peredaran darah yang bahaya seperti angin ahmar dan serangan jantung. Jangan gunakan diclofenac sebelum atau selepas pembedahan bypass jantung (coronary artery bypass graft, or CABG).
Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera jika anda mengalami sakit dada, lemah, susah untuk bernafas, cakap tidak jelas atau mengalami masalah pandangan dan imbangan badan.
Ubat ini juga boleh mendatangkan kesan yang serius kepada perut atau usus seperti boleh menyebabkan pendarahan dan pembentukan lubang pada perut dan usus. Keadaan ini boleh menyebabkan mati dan berlaku tanpa amran ketika anda mengambil diclofenac terutamanya kepada warga tua.
Hubungi doktor anda jika anda mengalami tanda-tanda pendarahan pada perut seperti tahi berwarna hitam atau berdarah atau anda muntah darah.
Tanya doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat alahan dan selesema atau ubat penahan sakit yang lain. Sila periksa label ubat jika ubat tersebut mengandungi aspirin, ibuprofen, ketoprofen atau naproxen. Elakkan minum alcohol kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan di perut.
 
 
Sebelum Mengambil Diclofenac
 
Diclofenac boleh menyebabkan masalah jantung dan peredaran darah yang bahaya seperti angin ahmar dan serangan jantung. Jangan gunakan diclofenac sebelum atau selepas pembedahan bypass jantung (coronary artery bypass graft, or CABG).
Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera jika anda mengalami sakit dada, lemah, susah untuk bernafas, cakap tidak jelas atau mengalami masalah pandangan dan imbangan badan.
Ubat ini juga boleh mendatangkan kesan yang serius kepada perut atau usus seperti boleh menyebabkan pendarahan dan pembentukan lubang pada perut dan usus. Keadaan ini boleh menyebabkan mati dan berlaku tanpa amran ketika anda mengambil diclofenac terutamanya kepada warga tua.
Anda tidak boleh ambil ubat ini jika anda alahan kepada diclofenac atau anda mempunyai sejarah alahan kepada aspirin dan ubat NSAIDs lain.
Untuk meastikan anda selamat mengambil diclofenac, beritahu doktor jika anda mempunyai keadaan seperti berikut:
1. Sejarah serangan jantung, angin ahmar atau darah beku
2. Penyakit jantung, kegagalan jantung, darah tinggi
3. Mempunyai sejarah penyakit gastrik atau ulser perut
4. Penyakit hati atau buah pinggang
5. Pertumbuhan tidak normal dalam membran mukus hidung
6. Penyakit darah seperti hemofilia atau darah lambat beku
7. Anda merokok
 
Kelas mengandung FDA, D : Beritahu doktor jika anda mengandung atau merancang untuk mengadung. Ambil diclofenac ketika 3 bulan terakhir ketika mengandung boleh membahayakan kandungan bayi. Jangan amnbil ubat ini ketika mengandung melainkan dengan arahan doktor. Ubat ini juga tidak diketahui boleh melepasi susu ibu dan membahayakan anak yang menyusu. Jangan menyusukan anak jika anda mengambil diclofenac. Jangan beri ubat ini kepada kanak-kanak yang kurang 18 tahun tanpa nasihat doktor.
 
 
Bagaimanakah Saya Makan Diclofenac ?
 
Ambil ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor. Jika anda tukar jenama ubat, dos ubat mungkin berlainan. Ikut arahan doktor berkenaan dos yang perlu diambil
Jangan pecahkan atau kunyah ubat jika ubat itu adalah pil extended-release dan enteric-coated. Telan sahaja ubat itu.
Jika anda guna diclofenac terlalu lama, sistem dan fungsi hati anda perlu diperiksa dengan ujian darah. Selalulah berjumpa doktor anda.
Simpan ubat ini pada suhu bilik dan jauhkan daripada kelembapan dan panas.
 
 
Apa patut saya buat jika terlupa makan ubat?
 
Makan ubat sejurus anda ingat. Jika hampir dengan dos seterusnya, jangan makan dos yang tertinggal itu dan makan ubat seperti biasa untuk dos seterusnya. Jangan makan ubat lebih daripada yang diarahkan oleh doktor.
Apa harus saya buat jika termakan lebih?
Pergi ke kelinik atau hospital berhampiran jika anda merasakan terlebih dos. Terlebih dos metformin boleh menyebabkan tanda-tanda seperti rasa mual dan muntah, sakit perut, mengatuk, tahi hitam atau berdarah, batuk berdarah, susah untuk bernafas dan pengsan. Dapatkan bantuan perubatan kecemasan segera.
 
 
Apa yang perlu saya elakkan jika menggunakan diclofenac ?
 
Tanya doktor atau ahli farmasi sebelum anda mengambil bat alahan, selsema atau ubat tahan sakit lain. Ambil terlalu banyak ubat tahan sakit boleh membahayakan. Sila periksa label jika ubat ini mengandungi aspirin, ketoprofen atau naproxen.
Elakkan minum alcohol kerana ia boleh meningkatkan risiko pendarahan di perut.
Elakkan pendedahan kepada cahaya matahari terlalu lama. Diclofenac boleh menyebabkan anda mudah terkena sunburn. Gunakan pakaian pelindung atau gunakan sunblock (SPF 30 atau lebih tinggi) ketika anda keluar.
 
 
Kesan Sampingan Diclofenac
 
Sila dapatkan rawatan kecemasan di hospital jika anda mengalami kesan alahan seperti keradangan dan gatal pada kulit, susah untuk bernafas, bengkak pada muka, bibir dan tekak. Hentikan pengambilan ubat serta merta dan hubingi doktor anda jika anda mengalami kesan sampingan yang serius seperti :
1. Sakit dada,l emah badan, susah bernafas dan megalami masalah penglihatan dan imbangan
2. Tahi berwarna hitam atau berdarah
3. Batuk atau muntah darah
4. Bengkak atau berat badan naik, kurang kencing atau tidak kencing langsung
5. Mual, sakit di bahagian atas perut, gatal, hilang selera makan, kencing pekat
Kesan Sampingan yang kurang serius seperti :
1. Rasa perut tidak sedap, pedih hati, cirit birit, sembelit atau perut masuk angin
2. Pening, sakit kepala dan resah
3. Gatal pada kulit atau ruam
4. Pandangan kabur
5. Bunyi getaran di telinga
Ini adalah kesan sampingan yang tidak lengkap. Sila berjumpa doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang lain
 
 
Maklumat Dos untuk Diclofenac
 
1. Dos untuk Dewasa untuk Osteoarthritis (sakit pada tulang dan sendi)
Ambil 50mg untuk 2 atau 3 kali sehari atau
Ambil 75 mg untuk 2 kali sehari
Dos lebih daripada 150mg sehari ada tidak digalakkan.
Diclofenac Extended-release: ambil 100 mg 1 kali sehari.
 
2. Dos Dewasa untuk Ankylosing Spondylitis:
Diclofenac Sodium: 25 mg  4 kali sehari. 25 mg dos tambahan boleh diambil sebelum tidur jika perlu.
3. Dos Dewasa untuk Sakit ketika Haid
Diclofenac Potassium : 50 mg 3 kali sehari. Pada sesetengah pesakit, dos permulaan ialah 100mg diikuti dengan 50 mg untuk kelegaan yang lebih baik. Pada hari pertama, dos harian mestilah tidak melebihi 150mg
4. Dos Dewasa untuk Tahan Sakit
50 mg 3 kali sehari. Pada sesetengah pesakit, dos permulaan ialah 100mg diikuti dengan 50 mg untuk kelegaan yang lebih baik. Pada hari pertama, dos harian mestilah tidak melebihi 150mg
5. Dos Dewasa untuk Rheumatoid Arthritis:
Diclofenac : 50 mg, 3 atau 4 kali sehari
atau 75 mg, 2 kali sehari
Diclofenac Extended-release: 100 mg, 1 kali sehari
Dos yang melebihi 225 mg sehari adalah tidak digalakkan
6. Dos Kanak-kanak untuk tahan sakit:
2 hingga 3 mg/kg/hari . diberikan dengan pembahagian dos 2 hingga 4 kali sehari
Dos Maksimum : 200 mg sehari
 
Apakah ubat lain yang mempengaruhi diclofenac ?
 
Tanya doktor anda sebelum anda mengambil ubat anti-kemurungan seperti citalopram, escitalopram, fluoxetine, fluvoxamine. paroxetine atau asrtraline. Ubat-ubat ini jika diambil bersama NSAIDs boleh menyebabkan risiko pendarahan meningkat.
Beritahu doktor tentang semua ubat yang anda gunakan terutamnya :
1. Ubat cair darah seperti warfarin
2. Cyclosporin
3. Lithium
4. Methotrexate
5. Ubat Diuretic sepert Furosemide
6. Ubat steroid
7. Aspirin dan ubat tahan sakit lain (NSAIDs)
8. Ubat jantung dan darah tinggi
 
 
Ubat Berkaitan
 

Tanya Farmasi Anda

No posts to display.

___________________________

Help promote this web by

copy this code and put at

your web or blog

____________________________

Untuk Maklumat dan Keracunan ubat,

Hubungi Pusat Racun Negara (PRN) di :

 
Waktu Pejabat: 
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
 
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499

Copyright by MalaysianPharma.com 2013

Select style: Red Brown

radyo dinle radyo dinle izmir escort
Notice: Uninitialized string offset: 0 in /home/malays98/public_html/templates/gk_sporter/lib/gk.framework.php on line 600