Login

Register

User Registration
or Cancel

Doxycycline

 

Jenama ubat:
 
1. Domycine® 
 
2. Doxycillin®
 
3. Doxymycin® 
 
4. Medomycin®
 
5. Pharmaniaga Doxycycline® 
 
6. Vibramycin®
Vibramycin film-coated tab_4216.gif
 
 
Apakah Itu Ubat Doxycycline?
 
Doxycycline adalah ubat tetracycline yang berfungsi untuk melawan bacteria di dalam badan. Ubat ini digunakan untuk mengubati beberapa jenis jangkitan bakteria seperti jangkitan sistem air kencing, jerawat, jangkitan pada kemaluan, jangkitan pada ligamen gigi dan lain-lain. Doxycycline juga digunakan untuk mengubati kecacatan dan lebam pada kulit dan luka seperti jerawat yang disebabkan oleh kemerahan kulit.
Doktor juga boleh memberi ubat ini kepada anda untuk tujuan yang lain.
 
Maklumat Penting Mengenai Doxycycline
 
Jangan gunakan Doxycycline jika anda mengandung. Ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau menyebabkan pertukaran warna pada gigi yang kekal apabila bayi itu dewasa.
Doxycycline boleh menyebabkan pil perancang kurang effektif. Tanya doktor anda mengenai cara perancang tanpa hormon seperti kondom dll untuk megelakkan kehamilan ketika menggunakan doxycycline.
Anda tidak boleh mengambil ubat ini jika anda ada alahan kepada Doxycycline atau ubat tetracycline lain seperti demeclocycline (Declomycin), minocycline (Dynacin, Minocin, Solodyn, Vectrin), or tetracycline (Brodspec, Panmycin, Sumycin, Tetracap).
Sebelum mengambil Doxycycline, beritahu doktor anda jika anda mempunyai penyakit ati, buah pinggang, lelah (asma) atau jika anda ada alahan kepada sulfites.
Minum lebih banyak air ketika anda mengambil Doxycycline.
Kanak-kanak tidak boleh mengambil ubat ini. Doxycycline boleh menyebabkan kekuningan atau warna kelabu pada gigi yang kekal untuk kanak-kanak kurang daripada 8 tahun.
Ambil ubat ini mengikut tempoh yang ditetapkan. Tanda-tanda jangkitan mungkin akan hilang sebelum jangkitan bakteria hilang sepenuhnya. Meninggalkan atau skip makan ubat boleh menignkat risiko jangkitan yang tahan kepada antiobiotik.
 
Sebelum Mengambil Doxycycline
 
Anda tidak boleh mengambil ubat ini jika anda ada alahan kepada Doxycycline atau ubat tetracycline lain seperti demeclocycline (Declomycin), minocycline (Dynacin, Minocin, Solodyn, Vectrin), or tetracycline (Brodspec, Panmycin, Sumycin, Tetracap).
Untuk memastikan anda selamat mengambil ubat Doxycycline, beritahu doktor anda jika anda mempunyai keadaan seperti:
1. Penyakit Hati
2. Penyakit buah pinggang atau;
3. Lelah atau alahan kepada sulfite
Jika anda menggunakan Doxycycline untuk mengubati jangkitan pada kelamin (gonorrhea), doktor anda akan membuat ujian untuk memastikan anda juga tidak mempunyai syphillis.
Kategori kehamilan ialah D. Jangan gunakan Doxycycline jika anda mengandung. Ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau menyebabkan pertukaran warna pada gigi bayi pada masa hadapan. Beritahu doktor anda segera jika anda mengandung ketika mengambil ubat.
Doxycycline boleh memalui susu ibi dan boleh mempengaruhi pertumbuhan tulang dan gigi kepada bayi yang disusui. Kanak-kanak tidak boleh mengambil ubat ini. Doxycycline boleh menyebabkan kekuningan atau warna kelabu pada gigi yang kekal untuk kanak-kanak kurang daripada 8 tahun.
 
Bagaimanakah Saya Mengambil ubat Doxycycline?
 
Ambil ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor. Ikut arahan doktor berkenaan dos yang perlu diambil. Jika anda guna mefenamic acid doktor anda mungkin akan memeriksa anda untuk memastikan anda tidak mendapat kesan bahaya daripada ubat ini. Jangan ponteng perjumpaan dengan doktor.
Ambil Doxycycline dengan segelas air yang penuh. Minumlah lebih banyak air ketika mengambil Doxycycline.
Jenama ubat yang berbeza mempunyai cara pengambilan yang berbeza. Sila tanya doktor atau ahli farmasi anda mengenai cara memakan ubat yang betul.
Ambil ubat ini mengikut tempoh yang ditetapkan. Tanda-tanda jangkitan mungkin akan hilang sebelum jangkitan bakteria hilang sepenuhnya. Meninggalkan atau skip makan ubat boleh menignkat risiko jangkitan yang tahan kepada antiobiotik. Doxycycline tidak boleh mengubati jangkitan yang disebabkan oleh virus seperti selsema.
Jika anda akan mengalami pembedahan, beritahu doktor anda yang anda mengambil Doxycycline. Anda mungkin diarahkan untuk berhenti makan Doxycycline untuk watu tertentu.
Simpan Doxycycline pada suhu bilik dan jauhi daripada kelembapan dan panas. Buang ubat yang tidak digunakan atau yang sudah tamat tempoh. Mengambil Doxycycline yang sudah tamat tempoh boleh merosakkan buah pinggang anda.
 
Apa patut saya buat jika terlupa makan ubat?
 
 Makan ubat sejurus anda ingat. Jika hampir dengan dos seterusnya, jangan makan dos yang tertinggal itu dan makan ubat seperti biasa untuk dos seterusnya. Jangan makan ubat lebih daripada yang diarahkan oleh doktor.
 
Apa harus saya buat jika termakan lebih?
 
Pergi ke kelinik atau hospital berhampiran jika anda merasakan terlebih dos. Terlebih dos Doxycycline boleh menyebabkan tanda-tanda seperti rasa mual, muntah dan cirit birit.
 
 Apa yang perlu saya elakkan jika menggunakan Doxycycline?
 
Ubat antibiotic boleh menyebabkan cirit birit dimana ia boleh membawa tanda jangkitan baru. Jika anda mengalami cirit-birit yang berair atau berdarah, hentikan pengambilan Doxycycline dan hubungi doktor anda dengan segera. Jangan gunakan ubat cirit-birit melainkan diarahkan oleh doktor.
Elakkan pendedahan kepada cahaya matahari terlalu lama. Doxycycline boleh menyebabkan anda mudah terkena sunburn. Gunakan pakaian pelindung atau gunakan sunblock (SPF 30 atau lebih tinggi) ketika anda keluar.
 
Kesan Sampingan Doxycycline
 
Sila dapatkan rawatan kecemasan di hospital jika anda mengalami kesan alahan seperti keradangan dan gatal pada kulit, susah untuk bernafas, bengkak pada muka, bibir dan tekak. Hentikan pengambilan ubat serta merta dan hubingi doktor anda jika anda mengalami kesan sampingan yang serius seperti :
1. Sakit kepala yang amat sangat, pening, pandangan kabur
2. Demam, sejuk menggigil, sakit2 badan, tanda-tanda selesema, kelenjar bengkak, ruam atau gatal-gatal, sakit sendi
3. Kencing kurang daripada biasa atau tidak kencing langsung
4. Cirit birit yang berair atau berdarah
5. Kulit pucat atau kekuningan, air kencing pekat, keliru atau lemah-lemah
6. Sakit yang kuat pada bahagian atas perut yang merebak ke belakang badan, mual dan muntah, degupan jantung yang laju
7. Hilang selera makan, jaundis (kekuningan pada mata atau kulit 
 
Kesan Sampingan yang kurang serius seperti;
 
1. rasa mual yang ringan, cirit birit yang ringan
2. rasa perut tidak sedap
3. gatal-gatal atau ruam yang ringan pada kulit
4. Kegatalan pada faraj atau faraj mengeluarkan cecair
Ini adalah kesan sampingan yang tidak lengkap. Sila berjumpa doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang lain
 
Apakah ubat lain yang boleh mempengaruhi doxycycline?
 
Beritahu doktor anda semua ubat yang anda ambil terutamanya:
1. Ubat untuk merendahkan kolesterol seperti cholestyramine (Prevalite, Questran) atau colestipol (Colestid);
2. isotretinoin (Accutane);
3. tretinoin (Renova, Retin-A, Vesanoid);
4. ubat antacid seperti Tums, Rolaids, Milk of Magnesia, Maalox, dan lain-lain
5. ubat yang mengandungi  bismuth subsalicylate seperti Pepto-Bismol;
6. ubat minerals seperti iron, zinc, calcium, magnesium, dan ubat vitamin and mineral 
7. ubat pencair darah seperti warfarin (Coumadin, Jantoven); atau
8. ubat antibiotik penicillin seperti amoxicillin (Amoxil, Augmentin, Dispermox, Moxatag), ampicillin (Principen, Unasyn), dicloxacillin (Dycill, Dynapen), oxacillin (Bactocill), atau penicillin (Bicillin L-A, PC Pen VK, Pfizerpen).
Senarai ubat ini mungkin tidak lengkap. Sila berjumpa doktor jika anda ada menggunakan atau mengambil ubat lain termasuklah pil-pil vitamin dan herba.
 

Tanya Farmasi Anda

No posts to display.

___________________________

Help promote this web by

copy this code and put at

your web or blog

____________________________

Untuk Maklumat dan Keracunan ubat,

Hubungi Pusat Racun Negara (PRN) di :

 
Waktu Pejabat: 
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
 
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499

Copyright by MalaysianPharma.com 2013

Select style: Red Brown

radyo dinle radyo dinle izmir escort
Notice: Uninitialized string offset: 0 in /home/malays98/public_html/templates/gk_sporter/lib/gk.framework.php on line 600