Login

Register

User Registration
or Cancel

Cetirizine

 

Nama Ubat : Cetirizine

Jenama :

1.Pharmaniaga Cetirizine®

  

2. Simtec®

 

3.  Zyrtec®

 

4. Zyrtec-D®

 

 

Cetirizine adalah ubat antihistamine yang mengurangkan bahan histamin di dalam badan. Histamin boleh menghasilkan simptom seperti bersin, gatal-gatal, mata berair dan hidung berair. Cetrizine digunakan untuk mengubati selsema dan simptom alahan lain seperti bengkak dikulit dan gatal-gatal.

Bersin

gatal-gatal

mata berair disebabkan oleh alahan

alahan pada kulit

 

Maklumat Penting Mengenai Cetrizine

Cetirizine boleh mnyebabkan kesan sampingan yang boleh menjejaskan pemikiran dan reaksi kita. Sila berhati-hati jika anda memandu atau membuat kerja yang memerlukan tumpuan yang tinggi. Elakkan minum alkohol kerana ia boleh meningkatkan kesan sampingan ubat ini. Beritahu doktor jika anda ada mengambil ubat lain yang boleh mnyebabkan mengantuk seperti ubat alahan lain, ubat narkotik tahan sakit, pil tidur, ubat sawan dan ubat kemurungan. Ubat-ubat ini boleh menigkatkan kesan mengantuk cetirizine. Sila hubungi doktor jika simptom anda tidak hilang atau semakin teruk

Sebelum mengambil Cetirizine

Anda tidak boleh mengambil ubat ini jika anda alahan kepada cetirizine. Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda mengenai keadaan sakit anda.

Kategori FDA mengandung B. Ubat ini dijangka tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan. Beritahu doktor jika anda mengandung atau meranang untuk mengadung. Jangan gunakan ubat ini jika anda menyusukan anak kerana cetrizine boleh melalui susu dan membahayakan bayi anda. Beritahu doktor jika anda menyusu anak.

Orang tua yang berumur hendaklah mengambil dos yang lebih rendah daripada biasa. Sila ikut arahan doktor.

Bagaimanakah saya mengambil cetirizine ?

Makan ubat ini seperti yang diarahkan oleh doktor atau seperti di label ubat. Jangan makan dengan kadara yang sedikit atau lebih atau makan terlalu lama daipada masa yang ditetapkan.

Anda boleh memakan ubat ini selepas makan atau dengan perut kosong

Sila berjumpa doktor jika simptom anda masih tidak berhenti atau semakin teruk atau anda mengalami demam. Simpan ubat di suhu bilik dan jauhi daripada kelembapan dan panas

Apa harus saya buat jika termakan lebih ?

Pergi ke klinik atau hospital berhampiran jika anda merasakan terlebih dos. Simptom2 terlebih dos ialah seperti mengantuk dan resah.

Apa yang harus saya elakkan ketika mengambil cetrizine ?

Elakkan minum alkohol kerana ia boleh meningkatkan kesan sampingan ubat ini. Beritahu doktor jika anda ada mengambil ubat lain yang boleh mnyebabkan mengantuk seperti ubat alahan lain, ubat narkotik tahan sakit, pil tidur, ubat sawan dan ubat kemurungan. Ubat-ubat ini boleh menigkatkan kesan mengantuk cetrizine. Sila hubungi doktor jika simptom anda tidak hilang atau semakin teruk

Cetirizine boleh mnyebabkan kesan sampingan yang boleh menjejaskan pemikiran dan reaksi kita. Sila berhati-hati jika anda memandu atau membuat kerja yang memerlukan tumpuan yang tinggi

 

Kesan Sampingan Cetirizine

Sila dapatkan bantuan kecemasan dengan segera jika anda mengalami ruam-ruam pada kulit, kulit kemerahan dan gatal, susah untuk bernafas, bengkak pada bibir,lidah atau tekak. Hentikan pengambilan cetrizine dan hubungi doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius seperti :

1. Degupan jantung yang laju

2. Lemah, tangan menggeletar dan susah nak tidur malam

3. Terlalu aktif dan keliru

4. Pandangan kabur

5. Kencing kurang daripada biasa atau tidak kencing langsung

 

Kesan sampingan yang tidak serius seperti :

1. Pening, sakit kepala dan mengantuk

2. Rasa letih

3. Mulut kering

4. Sakit tekak atau batuk

5. Rasa mual dan muntah

6. Sembelit

Sila ke hospital atau klinik berhampiran jika anda mengalami kesan sampingan yang lain daripada disebutkan diatas.

Apakah ubat lain yang boleh mempengaruhi cetrizine ?

Sebelum mengambil cetirizine, beritahu doktor jika anda ada mengambil ubat lain, herba atau pil-pil vitamin.

 

 


Tanya Farmasi Anda

No posts to display.

___________________________

Help promote this web by

copy this code and put at

your web or blog

____________________________

Untuk Maklumat dan Keracunan ubat,

Hubungi Pusat Racun Negara (PRN) di :

 
Waktu Pejabat: 
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
 
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499

Copyright by MalaysianPharma.com 2013

Select style: Red Brown


Notice: Uninitialized string offset: 0 in /home/malays98/public_html/templates/gk_sporter/lib/gk.framework.php on line 600